Thursday, October 18, 2012

TIPS RAMBUT SIHAT

salam... hai.. ari ne.. fasha nak share cara2 nak rmbut shat... rmbut cun.. ati pun senang kan... hihihihi....

1) Amalkan Cara Hidup Sihat
seperti bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat dan tidak merokok. Tak lupa juga minum banyak air. At least 8 gelas sehari.

2) Tidur Secukupnya
jauhi stress dan jangan bebankan fikiran korang dengan pelbagai masalah sampai tak boleh nak tidur. Ini menyebabkan peredaran darah menjadi tidak lancar so rambut akan menjadi lebih kusam. Lagi satu, jangan sesekali ikat rambut ketika tidur. Nanti rambut cepat gugur.


3) Produk Rambut yang Sesuai
jangan cepat terpengaruh dengan iklan produk rambut Sebab bila skali pakai nanti rambut jadi rosak. So, pilih produk rambut yang sesuai dengan rambut kita. Kalau boleh, pilih minyak wangi atau krim rambut yang mengandungi vitamin E dan tidak beralkohol. Nak kasih rambut lebih segar lagi, gunakan toner rambut atau moisturizer rambut.


4) Syampu yang Sesuai
seperti yang dinyatakan dalam tip no.3, tak semua produk rambut sesuai dengan rambut kita. Begitu juga dengan syampu. Apa yang Cik Bunny tahu ialah sekiranya kerap garu kepala selepas pakai syampu yang baru pernah korang pakai, itu tandanya syampu tersebut tidak sesuai dengan rambut korang. Jadi, pakai syampu ikut kesesuaian rambut. Cik Bunny sarankan pilih syampu yang diperbuat daripada bahan2 semulajadi.


5) Keringkan Rambut Dengan Cara yang Betul
bagi yang nak ikat rambut dan wanita bertudung, pastikan rambut betul2 kering sebelum diikat dan pakai tudung bagi mengelakkan rambut gugur dan berkelemumur.


6) Gunakan Sikat yang Bersih
Pastikan sikat sentiasa bersih, kering, tiada habuk dan bebas bakteria. Jika perlu, cuci sikat dengan sabun antibakteria sebelum sikat rambut. Lagi satu, jangan sikat rambut kalau rambut masih basah. Ini bagi mengelakkan rambut cepat gugur.

No comments:

Post a Comment

Flying Angel Heart