Vitamins C,Vitamin E& Selenium untuk Kulit Anda.
Kajian menunjukkan bahawa vitamins C and E, dan selenium, boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan, kanser kulit, dapat memulihkan kulit yang mempunyai tona tidak sekata dan mengurangkan kedutan yang disebabkan oleh penuaan & pancaran matahari. Antioksida ini bertindak dengan mempercepatkan sistem pemulihan semulajadi kulit dan memulihkan sel sel supaya tidak mudah rosak menurut Dr. Karen E. Burke, MD, PhD, Mount Sinai School of Medicine's, seorang pakar Dermatologi.
Menurut beliau lagi, walaupun bahan ini boleh ditemui dalam krim kecantikan, kepekatan bahan bahan ini dalam krim muka lazimnya rendah dan tidak lagi efktif sebaik sahaja di sapu ke muka kerana terdedah kepada cahaya dan udara.
Dr. Burke mencadangkan pengambilan supplemen yang mengandungi 1,000 to 3,000 milligrams vitamin C, 400 international units vitamin E ( D-alpha-tocopherol form), dan 100-200 micrograms Selenium (l-selenomethionine) untuk mendapat kesan kulit yang cantik.
Vitamin B Complex
B Complex penting dalam proses perkembangan sel manusia. Vitamin B yang penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku ialah B1, B2, B3, B5, B9, B12, Biotin dan Kolin. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering, kulit berdebu, dermatitis, berkedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rapuh.
Diet yang seimbang turut menyumbang kulit yang cantik.
Berikut adalah senarai sumber vitamin yang boleh diperolehi daripada makanan.
Selenium -- kacang Brazil, turkey, ikan kod
Vitamin B-2 -- Susu, bijirin, telur
Vitamin B-6 -- Ayam, ikan, kekacang
Vitamin B-12 --kerang, hati, ikan trout, sereal.
Vitamin C -- Buahan citrus, lada merah, brokoli
Vitamin E -- minyak bunga matahari, whole grain, kekacang
Omega-3s – Salmon, ikan lautan sejuk, walnut, flaxseed.
Akhir sekali, buat mereka yang merokok, jangan merokok.Merokok bukan sahaja menyumbang kedut di wajah, menurut kajian dalam the Archives of Dermatology, ia juga merosakkan kulit yang tidak terdedah kepada pancaran matahari seperti di bawah ketiak.
No comments:
Post a Comment